[--Ayat-ayat Hiasan Blog Aq--]

People changes love them before their changes hurt you...

[--Prinsip Aq--]

Maybe i am not a kind of girl that have a good principle but at least i am not hypocrite. Just be who i am,naive,straight forward and i love to think negatively.Why??? Because...when we always think positive and when its not like what we hope for...its hurt. I had enough of heart broken. So its better this way.But i control it well...i think..hehe

http://www.emocutez.com

Mesir part 3

Wednesday, November 27, 2013

Assalammualaikum...
Nor say of anything, "I shall be sure to do so and so tomorrow".Without adding "So please Allah(Insyaallah)". And call thy Allah to mind when thou forgettest, and say, "I hope that Allah will guide me ever closer(even) than this to the right path."(Verse 18:23-24)
Assif..aku kata nak sambung story esoknya tapi kemalasan datang melanda. Ini pun curi masa sambil tggu surau clear sikit. OK..jom sambung story pasal penjelajahan gue ke Mesir. Hehe.
Hari kedua dekat Mesir adalah hari bermulanya rusuhan di Mesir. Tempat yang ada dalam plan tour terpaksa ditukar sebab ada few bandar yang dah tutup. Memang lapang sangat Mesir hari tu. Semua kedai tutup. Bank pun semua tutup. Padahal ikutkan hari tu hari bekerja, tapi nak buat macam mana, rusuhan siapa tak takut kan. Memandangkan kteorg dah bayar so nak tak nak kena lah juga bawa jalan2 dekat Cairo ini.


First place yang kteorg pergi adalah kedai jual T-shirt Mesir. Nama dia tak ingat ah pulak. Gambar pun tak sempat ambik sebab memang tak expect nak singgah dekat sini. Kedai dia boleh tahan ah besarnya tapi pintu masuk dia terlindung dengan pokok sikit. Dengar sini nak cerita!!!! Kedai ini jual pakaian memang 100% cotton Mesir. Memang banyak design baju nya dan cantik2. Tapi..tapi..tapi..giler punya mahal. Seingat aku Tshirt biasa 3 helai 25USD. Tu baru Tshirt biasa. Kalau pashmina 1 helai 10USD. (Ini harga seingat aku..kalau lagi murah @ lagi mahal maaf lah). Ada lagi baju lain, tapi tak tengok pula harga dia berapa sebab tak ada niat nak beli buat apa nak belek2 kan. Tengok cukup.
Baju yang comei...Hehehe

Baju orang Mesir dulu2 + Pashmina

Tempat second yang kita orang singgah, tempat buat kertas Mesir. Mesir diaorang ada kertas lain selain kertas putih yang selalu kita buat conteng2 tu. Kertas ini tahan lama dan boleh buat conteng2 juga. Hehehe. Hebatnya kertas ini warna dia tak sama untuk setiap helai. Dekat kedai ini ada akak yang akan ajar buat kertas tu macam mana. Senang je sebenarnya.

Bahan2 pembelajaran kita hari ini yer
By the way, siapa yang berangan nak buat kertas ini sila hentikan angan2 anda. Sebab nak buat kertas ini kena ada batang pokok papyrus. Dan dekat Malaysia tak ada pokok ini. Tapi kalau korang pergi Mesir pokok ini ada banyak, then boleh lah try buat. Bahan2 macam gambar dekat atas yer. Besen yang ada air, pokok papyrus, kain dan pemberat.
1-Mula2, kita hendaklah kerat pokok payrus itu ikut panjang yang disukai. 
2-Rendamkan pokok yang dah di potongkan itu dalam air. Biarkan selama beberapa jam atau hari untuk biar dia kembang.
3-Dah kembang, kita belah nipis2 pokok tu. And actually senang je nak belah tu, sebab dia dah kembangkan.
4-Dah belah, kita rendam lagi pokok tu. Lagi lama kita rendam lagi banyak air dia. So hati2 yer.
5-Kita ambik beberapa kain tebal dan sedia untuk proses seterusnya.
6-Pokok papyrus yang dah di belah2 itu, kita anyam dia macam kita anyam tikar. Dulu masa pendidikan seni kan ada cikgu ajar anyam tikar guna kertas warna. Haa..macam tulah.
7-Dah siap anyam kita letak anyaman kita tu antara 2 helai kain.
8-Then, kita ketuk2 kain itu untuk keringkan air yang ada pada pokok tu.
9-Dah siap ketuk2, kita apit dia dengan pemberat macam dalam gambar tu.
10-Biarkan selama mana kita nak. Lagi lama kita biarkan, lagi gelap warna kertas tu nanti.

Sekian pembelajaran kita hari ini. 

Antara gambar yang dilukis atas kertas papyrus
Cantik tak Kak ton?? Cantikkan. Harga pun cantik Kak ton oi. Kak ton kaya boleh lah beli letak dekat rumah, kami ini tak kaya mana tengok jelah.

Next station..Perkampungan Firaun. Kampung ini dibuat untuk tunjuk cara hidup orang dulu, masa pemerintahan Firaun. Perkampungan ini di buat dekat Sungai Nil. So, naik bot lah kami. Cantik tempatnya. Dapat juga merasa tempias air Sungai Nil. Hehe. bangga kejap. Sungai Nil I was there!! Hehehe. Layan gambar lah pulak yer.

Rumah bot
Rumah ini ada jual barang sikit, dan ada cerita pasal perkampungan ini.

Model Kampung Firaun

Lakonan semula kisah Nabi Isa

Lakonan semula cara hidup orang dolu2

Cara buat "THE MUMMY"

Hi, I'm Papyrus
Haa..lupa nak beritahu, pokok papyrus ini kira macam pokok holy dekat Mesir sebab batang dia bentuk 3 segi. Macam Piramid. Then daun dia macam apa ntah, lupa pula. Tapi ada kaitan dengan ancient Cairo ah.

Kawan2 ini lah buah tin yer

This amazing bowl is a watch

Ancient bed for poor people
Dah habis tawaf, sempatlah aku makan burger. Sedap sangat. Tak tahu ah sebab memang sedap atau sebab aku tak breakfast hari itu. Then kalau siapa pergi Mesir, wajib..wajib try just buah dia tau. Lagi2 mango. Masyaallah sedap sangat. Manis air liur aku tulis part ini.


Lelaki baju putih itu adalah owner kedai minyak. Minyak apa? Minyak dagu. Hahaha. Minyak wangi lah kesayangan ku semua. Dan kitaorang habis 100USD kat sini. Sebab apa? sebab esoknya dah nak start umrah, duit tak licin banyak. Which means cenderahati tak banyak beli. So, sila labur duit anda di sini. Memang berbaloi. Balik Malaysia ko campur alcohol then jual. Boleh dapat balik modal sekelip mata jer. Tapi kitaorg beli untuk pakai. (Tapi sampai sekarang tak pakai lagi. sayang nok)


Bangunan ini aku dah lupa nama apa. Tapi yang penting, sebelah ini ada pasar yang memang sakan kteorg memborong. Dari sekecil2 barang sampai jubah memang langsaikan duit dekat sini jer.

Rusuhan bermula!!!
Malam nya patut boleh naik cruise tapi sebab rusuhan tu, we are grounded in hotel room. Tapi kami sangat degil. Rugi lah datang tapi tak jelajah kan. So berani kan diri jelah. Tapi jalan tak jauh pun. Belakang hotel jer. Ada apa? Mostly kedai tutup, kecuali kedai jus. Hehehe.sesi memenuhkan perut. Aku minta air mango 1, air tebu 1, cocktail 1. Jus dia pure tau, Tak campur gula pun, dan tak campur air juga. Paling penting 9 dollar jer untuk 2 air tu. tebu 1 dollar, mango 3 dollar dan cocktail 5 dollar. Dan pagi tu sebelum pergi airport ke Madinah sempat pergi slurp lagi sekali air mango. Hehehe.

Ada satu ayat yang tourist guide kiteorang cakap yang aku ingat sampai sekarang.
"Mesir, Sungai Nil ada disebut dalam Al-Quran jadi tak mungkin mereka hilang dari bumi ini walau apapun yang terjadi"
Doa kan sedara kita di Gaza, Syria, Mesir dan seluruh dunia. Selawat untuk mereka
"Astagfirullah lil mukminin wal mukminat "
Sampai sini sahaja story pasal Mesir. Next entry maybe pasal umrah atau pasal Tasik Chini. We'll see kerajinan aku macam mana. Sekian. Enjoy!! Assalammualaikum.

0 comments:

Post a Comment