A:Assalammualaikum hati. Apa khabar iman hari nie???
B: Iman sentiasa ada naik turun. Tapi Dia sentiasa bantu supaya iman bertambah baik. Dia datangkan "mereka" untuk membantu.
A: Sesungguhnya rome isnt build in one day,Islam doesnt spread in one day and muslimah isnt going to be in one day. Its involved courage and sacrifice, a LOT of them.
Ada masa nafsu nafsi diri dan dunia di letak ditempat yang tidak sepatutnya. Ada masa iman dan taqwa datang dan mengungguli tempat teratas. Tapi dunia ini Allah jadikan di penuhi makhlukNya. Bukan sekadar peneman setiap jiwa dan nyawa tetapi sebagai peringatan dan pembantu untuk kembali kepada yang satu.
Perhatian dunia atau perhatian Allah yang membezakan segalanya.
"Janganlah kamu mensyirikkan Allah"
Ramai yang alpa dan mungkin juga terleka, setiap amal yang dilakukan adakah kerana menggapai redha Allah atau kerana mengejar syurga Allah. Syurga, neraka, manusia, masa,harta, mereka adalah perkara yang kita tahu dan faham. Tetapi kadang2 tanpa sedar kita mensyirikkan Allah untuk mereka.
Tak payah jauh, tengok diri sendiri. Kita solat, kita berpakaian, adakah untuk Allah atau untuk mengelak neraka dan mengejar syurga.
"Kun fayakun"
"Allah telah menetapkan syurga dan neraka seseorang itu sejak azali"
Sering kita dengar,sering kita baca. Tapi sentiasa, syurga yang dikejar.
Wahai diri, sebanyak mana amalmu jika neraka telah ditetapkan.Tetap kembali kamu kesana. Hidup didunia ini bukan untuk mengejar syurga disana. Bukan untuk mengelak seksa neraka semata, tapi tak lain tak bukan untuk menggapai redha Allah.
Maha suci Allah. Ya Rahman, Ya Rahim.
Walau diri ini masih banyak dosa. Masih banyak solat yang berlubang, masih banyak aurat yang terbuka. Tapi Allah sentiasa bantu. Allah sentiasa hantar peringatan. Moga suatu hari diri mampu berdiri megah dibumi Allah, mampu meletakkan Allah diatas segala2nya.
Wahai diri, mungkin janggal, mungkin dibilang aneh, mungkin dibilang berlagak, mungkin dicaci dihina. Tapi kamu tahu niatmu, kamu tahu dimana kamu mahu jadi untuk pengakhiranmu. Be strong my dear heart. Be strong my dear soul. May everything change with Allah wills. Let the environment and excuses be the basis of a great start. Let the fear flew away as far as they wanna go.
-Nurkilan untuk diri-A sinner travelog-