[--Ayat-ayat Hiasan Blog Aq--]

People changes love them before their changes hurt you...

[--Prinsip Aq--]

Maybe i am not a kind of girl that have a good principle but at least i am not hypocrite. Just be who i am,naive,straight forward and i love to think negatively.Why??? Because...when we always think positive and when its not like what we hope for...its hurt. I had enough of heart broken. So its better this way.But i control it well...i think..hehe

http://www.emocutez.com

Self Reminder

Friday, June 13, 2014

Kadang2...eh bukan kadang2. Selalu diri ini bermegah dengan ilmu yg ada. Selalu inginkan perhatian dunia. Tanpa sedar di satu pelusuk sana ada hamba Allah yang pergi bertemunya dalam keadaan yang cukup cantik. Dalam jalan jihad yang cukup manis. Pelusuk tu tak jauh pun..mungkin jika diteliti hanya jarak penghalang diri.
Beliau di penuhi dengan ilmu agama. Di perhati dunia bukan kerana berkehendak tapi kerana kemanisan iman yang jelas ternampak di setiap laku dan kata2 beliau. Cemburu?? Harus cemburu. Bila mana ada hamba Allah yang sangat hampir dengan ku dipandang manusia dan dipandang Allah. Dibalut dengan agama dari lahirnya beliau.
Aku tak pernah salahkan ayah yg mencari ibu, aku tak pernah salahkan ibu yg mencari ayah, aku juga tak pernah salahkan mereka tak mengajarkanku agama. Sebab kami semua masing2 jahil. Kekurangan agama, Allah ganti dengan kebahagiaan rumahtangga, dengan cukup makan pakai dan harta dunia. Alhamdulillah..tak pernah terlalu mengejar dunia. Tapi aku terkilan kerna kami juga tak pernah terkejar2 saham akhirat. Hanya yang jelas nyata wajib yang dipertahan. Hanya yang sunnat simple yang mana jika ditanya pada budak darjah 1 pasti ramai yang tahu sahaja kami mampu lakukan. Kerna kejahilan itu tak hilang dalam sekelip mata. Nak menerangi bilik gelap dengan lilin mengambil masa dan lilin yang banyak. Syukur kami masih belum terlambat walaupun kami masih merangkak.
Bersyukurlah siapa yang lahir, ibu bapa dah ajar agama. Tak perlu tunggu sekolah tak perlu cari google.
Ingat kenangan mula2 nak pakai tudung. Terpaksa menipu ibu ayah cakap "kalau ustaz nampak keluar rumah tak pakai tudung nanti ustaz marah".
Ingat kenangan mula2 tak nak pakai seluar pendek pergi bandar. Semua seluar pendek semua sorok bawah2.
Ingat kenangan mula2 nak pakai tudung labuh. Beli online. Pakai dekat U je. Tapi nak tak nak tudung tu tetap buat balik rumah. Kena kutuk masa mula2 memang kaw2. Selekeh lah, Besar tudung dari tuan lah...n so on so on.
Tapi Alhamdulillah lepas tu semua makin senang. Pakai handsock pakai stoking. Alhamdulillah mudah diterima.
Tapi still...dengan sedara dan sepupu sepapat. Pakai tudung, pakai stoking masih dianggap pelik. Walau tahu hakikat benda tu wajib benda tu aurat. Tapi segan bila ramai yang pandang dan tanya. Insyaallah slow2 pakai seluar panjang. Slow2 elak salam. Moga slow2 tu bawa result positive.
Tapi sungguh tapi benar sangat cemburu dengan mereka yang lahir. Mak bapak dah letakkan batas dah letakkan syarat pakaian. Dah ajar solat dah ajar mengaji.
Aku nie kalau ikut sekolah agama maybe baru darjah 1 kot. Jauh lagi nak dapat sambung master.
Tapi aku takkan putus asa. Apa yang aku lalui aku tahu Allah dah letakkan aku pada jalan yang sesuai. Tak terlalu cepat dan tak terlalu lambat.
Cuma yang ku harap niat ini biar sentiasa istiqamah semata2 untuk Allah. Sang pemilik nyawa.