[--Ayat-ayat Hiasan Blog Aq--]

People changes love them before their changes hurt you...

[--Prinsip Aq--]

Maybe i am not a kind of girl that have a good principle but at least i am not hypocrite. Just be who i am,naive,straight forward and i love to think negatively.Why??? Because...when we always think positive and when its not like what we hope for...its hurt. I had enough of heart broken. So its better this way.But i control it well...i think..hehe

http://www.emocutez.com

Mesir part 3

Wednesday, November 27, 2013

Assalammualaikum...
Nor say of anything, "I shall be sure to do so and so tomorrow".Without adding "So please Allah(Insyaallah)". And call thy Allah to mind when thou forgettest, and say, "I hope that Allah will guide me ever closer(even) than this to the right path."(Verse 18:23-24)
Assif..aku kata nak sambung story esoknya tapi kemalasan datang melanda. Ini pun curi masa sambil tggu surau clear sikit. OK..jom sambung story pasal penjelajahan gue ke Mesir. Hehe.
Hari kedua dekat Mesir adalah hari bermulanya rusuhan di Mesir. Tempat yang ada dalam plan tour terpaksa ditukar sebab ada few bandar yang dah tutup. Memang lapang sangat Mesir hari tu. Semua kedai tutup. Bank pun semua tutup. Padahal ikutkan hari tu hari bekerja, tapi nak buat macam mana, rusuhan siapa tak takut kan. Memandangkan kteorg dah bayar so nak tak nak kena lah juga bawa jalan2 dekat Cairo ini.


First place yang kteorg pergi adalah kedai jual T-shirt Mesir. Nama dia tak ingat ah pulak. Gambar pun tak sempat ambik sebab memang tak expect nak singgah dekat sini. Kedai dia boleh tahan ah besarnya tapi pintu masuk dia terlindung dengan pokok sikit. Dengar sini nak cerita!!!! Kedai ini jual pakaian memang 100% cotton Mesir. Memang banyak design baju nya dan cantik2. Tapi..tapi..tapi..giler punya mahal. Seingat aku Tshirt biasa 3 helai 25USD. Tu baru Tshirt biasa. Kalau pashmina 1 helai 10USD. (Ini harga seingat aku..kalau lagi murah @ lagi mahal maaf lah). Ada lagi baju lain, tapi tak tengok pula harga dia berapa sebab tak ada niat nak beli buat apa nak belek2 kan. Tengok cukup.
Baju yang comei...Hehehe

Baju orang Mesir dulu2 + Pashmina

Tempat second yang kita orang singgah, tempat buat kertas Mesir. Mesir diaorang ada kertas lain selain kertas putih yang selalu kita buat conteng2 tu. Kertas ini tahan lama dan boleh buat conteng2 juga. Hehehe. Hebatnya kertas ini warna dia tak sama untuk setiap helai. Dekat kedai ini ada akak yang akan ajar buat kertas tu macam mana. Senang je sebenarnya.

Bahan2 pembelajaran kita hari ini yer
By the way, siapa yang berangan nak buat kertas ini sila hentikan angan2 anda. Sebab nak buat kertas ini kena ada batang pokok papyrus. Dan dekat Malaysia tak ada pokok ini. Tapi kalau korang pergi Mesir pokok ini ada banyak, then boleh lah try buat. Bahan2 macam gambar dekat atas yer. Besen yang ada air, pokok papyrus, kain dan pemberat.
1-Mula2, kita hendaklah kerat pokok payrus itu ikut panjang yang disukai. 
2-Rendamkan pokok yang dah di potongkan itu dalam air. Biarkan selama beberapa jam atau hari untuk biar dia kembang.
3-Dah kembang, kita belah nipis2 pokok tu. And actually senang je nak belah tu, sebab dia dah kembangkan.
4-Dah belah, kita rendam lagi pokok tu. Lagi lama kita rendam lagi banyak air dia. So hati2 yer.
5-Kita ambik beberapa kain tebal dan sedia untuk proses seterusnya.
6-Pokok papyrus yang dah di belah2 itu, kita anyam dia macam kita anyam tikar. Dulu masa pendidikan seni kan ada cikgu ajar anyam tikar guna kertas warna. Haa..macam tulah.
7-Dah siap anyam kita letak anyaman kita tu antara 2 helai kain.
8-Then, kita ketuk2 kain itu untuk keringkan air yang ada pada pokok tu.
9-Dah siap ketuk2, kita apit dia dengan pemberat macam dalam gambar tu.
10-Biarkan selama mana kita nak. Lagi lama kita biarkan, lagi gelap warna kertas tu nanti.

Sekian pembelajaran kita hari ini. 

Antara gambar yang dilukis atas kertas papyrus
Cantik tak Kak ton?? Cantikkan. Harga pun cantik Kak ton oi. Kak ton kaya boleh lah beli letak dekat rumah, kami ini tak kaya mana tengok jelah.

Next station..Perkampungan Firaun. Kampung ini dibuat untuk tunjuk cara hidup orang dulu, masa pemerintahan Firaun. Perkampungan ini di buat dekat Sungai Nil. So, naik bot lah kami. Cantik tempatnya. Dapat juga merasa tempias air Sungai Nil. Hehe. bangga kejap. Sungai Nil I was there!! Hehehe. Layan gambar lah pulak yer.

Rumah bot
Rumah ini ada jual barang sikit, dan ada cerita pasal perkampungan ini.

Model Kampung Firaun

Lakonan semula kisah Nabi Isa

Lakonan semula cara hidup orang dolu2

Cara buat "THE MUMMY"

Hi, I'm Papyrus
Haa..lupa nak beritahu, pokok papyrus ini kira macam pokok holy dekat Mesir sebab batang dia bentuk 3 segi. Macam Piramid. Then daun dia macam apa ntah, lupa pula. Tapi ada kaitan dengan ancient Cairo ah.

Kawan2 ini lah buah tin yer

This amazing bowl is a watch

Ancient bed for poor people
Dah habis tawaf, sempatlah aku makan burger. Sedap sangat. Tak tahu ah sebab memang sedap atau sebab aku tak breakfast hari itu. Then kalau siapa pergi Mesir, wajib..wajib try just buah dia tau. Lagi2 mango. Masyaallah sedap sangat. Manis air liur aku tulis part ini.


Lelaki baju putih itu adalah owner kedai minyak. Minyak apa? Minyak dagu. Hahaha. Minyak wangi lah kesayangan ku semua. Dan kitaorang habis 100USD kat sini. Sebab apa? sebab esoknya dah nak start umrah, duit tak licin banyak. Which means cenderahati tak banyak beli. So, sila labur duit anda di sini. Memang berbaloi. Balik Malaysia ko campur alcohol then jual. Boleh dapat balik modal sekelip mata jer. Tapi kitaorg beli untuk pakai. (Tapi sampai sekarang tak pakai lagi. sayang nok)


Bangunan ini aku dah lupa nama apa. Tapi yang penting, sebelah ini ada pasar yang memang sakan kteorg memborong. Dari sekecil2 barang sampai jubah memang langsaikan duit dekat sini jer.

Rusuhan bermula!!!
Malam nya patut boleh naik cruise tapi sebab rusuhan tu, we are grounded in hotel room. Tapi kami sangat degil. Rugi lah datang tapi tak jelajah kan. So berani kan diri jelah. Tapi jalan tak jauh pun. Belakang hotel jer. Ada apa? Mostly kedai tutup, kecuali kedai jus. Hehehe.sesi memenuhkan perut. Aku minta air mango 1, air tebu 1, cocktail 1. Jus dia pure tau, Tak campur gula pun, dan tak campur air juga. Paling penting 9 dollar jer untuk 2 air tu. tebu 1 dollar, mango 3 dollar dan cocktail 5 dollar. Dan pagi tu sebelum pergi airport ke Madinah sempat pergi slurp lagi sekali air mango. Hehehe.

Ada satu ayat yang tourist guide kiteorang cakap yang aku ingat sampai sekarang.
"Mesir, Sungai Nil ada disebut dalam Al-Quran jadi tak mungkin mereka hilang dari bumi ini walau apapun yang terjadi"
Doa kan sedara kita di Gaza, Syria, Mesir dan seluruh dunia. Selawat untuk mereka
"Astagfirullah lil mukminin wal mukminat "
Sampai sini sahaja story pasal Mesir. Next entry maybe pasal umrah atau pasal Tasik Chini. We'll see kerajinan aku macam mana. Sekian. Enjoy!! Assalammualaikum.

Mesir part 2..

Sunday, November 24, 2013

Assalammualaikum...ni hao semua.

First of all, bianne, sorry, maaf. lame giler tak update blog. Bukan tak ada masa cuma tak ada kerajinan nak update. Hehehe. Pada siapa2 yang tengah tunggu aku update blog memangg sori sangat2. (Bajet ade jer org nk bce blog ko..kuikuikui). Back to the tittle. Rasanyer title itu menjelaskan semuanya...hee. So, nak sambung lah story pasal Mesir sebelum memori itu luput dari ingatan.
Lets begin!!!
Kalau post sebelum nie rumusan most of the first day & tak bergambar, post kali ini adel ah gambar sikit2 & lebih detail. Ok, kiteorg start dari KLCC ke Cairo. Sebabkan first time naik flight memang excited habis lah. Dah habis semua game & movie dalam flight aku khatam tapi still tak sampai2. Memang lama gilerrr...so aku pun terpaksa mengalah jugak dengan favorite aku, TIDO!!! Bangun2..tak sampai jugak lagi. Tapo tak lama ah...dalam sejam lepas tu sampailah kami ke Cairo. Cairo here I come!!!
Airport Cairo
Nak ke hotel kteorg naik bas je. Tapi memang kecoh jugak nak ke cari bas tu. Tapi alhamdulillah lah tak ada lah sampai gaduh2, cuma salah faham sikit jer. Sepanjang jalan itu sibuk lah tourist guide nie bercerita. Nsib bek best. Hehehe.
Bangunan Al-Azhar
Otw ke hotel, nampak ah Al-Azhar nie. Al-Azhar memang besar giler2. Lebih kurang besar bandar Kuantan. Memang besar gileeeerr. Sekeliling kawasan Al-Azhar memang bersih, tak banyak lak sampah sarap. Maybe ada pengetua dia upah yang tukang bersihkan, yelah Al-Azhar kan famous.


Bangunan kat Mesir memang bersegi dan tak ada atap. Cuba teka bangunan apa kat atas nie? Tettt. Salah. Bukan rumah eh, bangunan petak2 tu adalah kubur. Seriously, that is a graveyard. Kalau dekat Malaysia satu orang satu liang lahad, satu kubur kan? Kat sini satu keluarga satu bangunan. Then kalau ada ahli keluarga lain meninggal pulak, diaorang akan tindan je. So save space sikit. Tapi satu bangunan tu agak besar lah. And ada je orang2 miskin yang tinggal kat dalam bangunan kubur tu. Siap beranak pinak lagi. Kita kat Malaysia, rumah tepi kubur pun takut. Hehehe.


Kalau korang tengok betul-betul, bangunan tu still under constraction. Haa..kebanyakkan bangunan kat Mesir memang macam nie, macam still under constraction, tapi dyeorang tinggal selamba jer walaupun kat atas tu tak siap lagi.

Yang nie pemandangan sepanjang jalan. Tp specifically gambar kat atas nie pemandangan bawah flyover. Ada yang jual n tinggal bawah tu. Tak takut langsung, memang hebatt. Tapi tak semua pemandangan di Mesir tak menyenangkan. Ada banyak sebab yang menyebabkan aku still nak pergi balik ke Mesir. Rindu sangat dengan Mesir, tapi atas sebab yang aku sendiri tak boleh terangkan kenapa.

One of the most beautiful scenary in Cairo
Matahari terbenam + Sungai Nil + Bangunan di Cairo = Simply the most amazing moment.


Well, tak lengkap lah pergi Mesir kalau tak pergi Piramid. So, there we are. Enjoying one of the seven wonders of the world. 


Kalau yang besar tiga biji tu memang famous lah kan. Tapi yang kecil2 nie memang tak pernah dengar cerita pulak. Aku pun terkejut, ada rupanya piramid kecil, ingat ada yang besar je. Hehehe.
Kalau piramid besar itu untuk Firaun, yang kecil2 nie untuk isteri Firaun. So, berapa puluh isteri dia? Sebanyak mana isteri dia sebanyak tulah piramid kecil nie sekeliling piramid besar tu. Tapi mostly banyak yang dah hancur. Hebat ciptaan mereka, tapi Allah takkan biarkan orang Islam terlalu mengagumi ciptaan orang kafir selain ianya hanya sebagai teladan dan peringatan semata-mata.
"Have they not traveled in the land and seen what was the end of those who were before them? Mightier than these were they in strength and in fortifications in the land, but Allah destroyed them for their sins. And they had none to protect them from Allah."(Verse 40:21)



Memang kagum dengan kekuatan orang zaman dulu. Batu tu besar dan berat kot, macam mana diaorang boleh angkut dari jauh.


Ini hadiah yang aku dapat. Memang tak kan boleh nampak kat mana-mana ah. Live depan mata nie. Shock kejap. This is what we call SHIT!! Siapa empunya? Unta empunya. Hahaha.


Disebabkan kekangan masa, kteorg tak turun pun dari bas. Nie pun ambil dari dalam bas. Ini guna lense panjang, sebanarnya jauh dari parking bas. Tapi nampak macam kawasan nie dah terbiar, banyak rumah2 sekeliling tu. Padahal satu masa dulu monumen nie terkenal. By the way, korang perasan tak, hidung dia dah patah. Hehehe. Hidung tu patah tak lama dulu, then hidung tu dah di bawa ke muzium and jadi pameran kat situ. Muzium mane? Entah lah tak ingat pulak dekat mana, sebab masa tourist guide tu cerita aku sibuk ambil gambar.
Sampai sini dulu, Inyaallah esok pulak sambung yer. Assalammualaikum.